AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA
."Abu umamah r.a berkata :
Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami
semua mempelajari al-qur'an,setelah itu Rasulullah
S.A.W memberi tahu tentang kelebihan al-qur'an
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : berjalanlah kamu
akan al-qur'an,diakhirat nanti dia akan datang kepada
ahli-ahlinya,yang mana dikala itu orang sangat
memerlukannya
ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan
ia bertanya."kenalkah kamu kepadaku?"maka orang
yang pernah membaca akan menjawab :"siapakah
kamu?"
maka berkata al-qur'an:"akulah yang kamu cintai dan
kamu sanjung,dan juga telah bangun malam
untukku dan kamu juga pernah membacaku
diwaktu siang hari."
kemudian berkata orang yang pernah membaca al-
qur'an itu : "adakah kamu al-qur'an?"lalu al-qur'an
mengakui dan menuntun orang yang pernah
membaca menghadap ALLAH S.W.T lalu orang itu
diberi kerajaan ditangan kanan dan kekal ditangan
kirinya,kemudian dia meletakkan mahkoua diatas
kepalanya.
Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim
diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan
dunia walau berlipat ganda,sehingga keduanya
bertanya :."dari manakah kami memperoleh ini
semua,padahal amal kami tidak sampai ini?"
lalu dijawab : kamu diberi ini semua kerana anak
kamu telah mempelajari al-qur'an (Dikutip dari: http://peperonity.com/go/sites/mview/cerita.teladan1/17274572;jsessionid=959443D71712087C6FB125CC23E533A3.c04?act=0-7639689-1268166318_3c04)


Ring ring